Tuesday, April 3, 2012

0
Komen

popia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum, 


apa khabar ? mulakan harimu dengan senyuman ^^


sebenarnya hari ini nak tulis pasal semalam. kenapa dengan semalam ?


hihi


sebab semalam adik dan saya buat popia . hasanah (adik) sebagai chef. ^^ 


hehe


cerita nya begini , scene 1 cikgu KH (Kemahiran Hidup) Hasanah memberi tugasan memasak kepada anak murid ( teringat sewaktu aku sekolah menengah :D ). mereka (anak murid) diberikan kumpulan yang telah ditetapkan oleh cikgu. Dalam setiap kumpulan ada tugas yang berlainan iaitu masakan pencuci mulut, berat dan sebagainya. adik aku (hasanah) diberikan tugas buat popia. jadi malam kelmarin, aku ,umi dan sanah mencari dan membeli bahan memasak. susah juga nak cari ubi sengkuang ye..bukan semuap pasar ada jual.


scene 2 pagi semalam adik aku dan kawan-kawan pergi sekolah buat projek memasak mereka. dan tengah hari itu adik aku balik rumah sekejap untuk menukar pakaian sekolah dan pergi ke sekolah. aku seperti biasa tengok movie yang sudah ntah berapa kali khatam. -,- (alahai bosan)


scene 3 adik aku balik sekolah pukol 7.00 malam. malam itu ( pukol 8) setelah kami makan malam, seperti biasa aku di bilik membelek buku novel motivasi dan rumah tangga. ( seronok juga baca buku kes/masalah rumahtangga ) ..tiba-tiba aku kedengaran bunyi orang nak memasak. apatah lagi, aku terus turun bawah tanpa menutup lampu dan aircond bilikku. (jangan buat aksi seperti aku di rumah!) ..rupanya adik aku nak masak sekali lagi popia <3






bahan2 nya ( 15 biji popia)


1. separuh biji carrot (potong hiris)
2. separuh ubi sengkuang (potong hiris)
3. 15 kulit popia 
4. udang (option) size M
5. telur


bahan untuk sosnya

1. 1 sudu besar cili giling
2. 1 sudu besar sos cili
3.  garam (option)
4.  gula (option)
5. 1 biji limau nipis


cara-caranya


1. rebus udang sebelum ditumbuk.
2. untuk buat sosnya, panaskan api sederhana tanpa minyak. kemudian letakkan semua bahan untuk sosnya sehingga rasanya tidak masam. kalau masam maknanya tidak masak lagi.
3. untuk buat popia, campurkan carrot,ubi sengkuang,udang ke dalam satu mangkuk. kemudian ambil kulit popia dan letakkan carrot,ubi,udang sama rata di atas kulit popia. seterusnya gulung . letakkan telur sedikit sebagai gam popia apabila berada di hujung kulit popia. panaskan api sederhana dengan minyak yang penuh. kemudian goreng. jangan sampai terlampau goreng takut tak sedap pula :)
4. SIAP dan boleh dihidangkan





gambar popia handmade sebelum di goreng.

                                                 
                                                 gambar popia handmade selepas di goreng.



p/s : sebenarnya jika anda kreatif,anda boleh sahaja letak apapun bahan untuk inti popia . :) selamat menjamu selera :)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...