Tuesday, May 8, 2012

0
Komen

sushi


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang



semoga ALLAH memberi kita semua penawar bisa diri , penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang, Penawar bisa-bisa badan, Penawar bisa batu merian dan Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya. ameen.


Harini saya nak kongsi cerita yang sedih sangat kepada u ols...sedih sangat oke :'( tapi akan sedaya upaya untuk ringkaskan kerana kalau nak lebih detail memang lebam mata ,putus jari..><




my cat :'(



find himm!!!



nama : sushi



tarikh lahir : 2006 


status : married



tarikh meninggal dunia : 7 may 2012



umur : 6tahun (mengikut usia manusia adalah lebih 40 tahun)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     
      Sejarah kehidupan sushi bermula makteh (adik umi) terjumpa sushi dalam keadaan terkandas dalam banjir besar pada tahun 2006. macam mana apa kejadian itu, saya dah lupa ...6tahunlepas kot !  detik itu bermula pengambilan 'anak angkat' kepada keluarga makteh yakni keluarga saya juga.imbas kembali sewaktu itu, makteh, makusu ,atok dan uwan tinggalberdekatan dengan rumah kami..selang 3 pintu jeeee hiihi..acapkali kami datang rumah atok waktu petang bermain dengan anak kucing,mak kucing,bapak kucing..teringat pula saya dengan wajah riuh rumah atok dengan kucing-kucing yang serba banyak sampaikan ada yang melabel "cat center" hehehehe..lebih dahsyat lagi kucing rumah makteh mengajak rakan-rakan sekali ..saya kagum makteh seorang wanita yang cukup hebat dalam penjagaan kucing ..



      
          Beralih kepada topik asal, sushi nii sudah berstatus married ..pada tarikh bila,tahun ? tak tahu..dengan siapa ? dengan kucing makteh lain yang namanya mek'awww ..berasal dari kelantan (jauh tuu datang) ..maka lahirlah danial, jamban, panther dan ?? tak ingat ..disitulah kami menjaga danial,jamban,panther..namun ketiga2 mati sakit pada waktu yang berbeza..ALLAH lebih sayangkan mereka yang cute


        Pada bulan ogos 2010, keluarga makteh berpindah rumah. Oleh demikian,makteh 
terpaksa meninggalkan sushi kepada saya sekeluarga untuk menjaga dia..sejak itu, hanya   sushi yang tinggal dalam rumah kami..you are my sunshine,my only sunshine <3 sushi juga paling istimewa banyak merasa pelbagai pengalaman termasuk hidangan makanan  daripada ikan goreng campur nasi hingga ke whiskas, friskies, pro-diet, royal canin dan macam2 lagi.. bahkan sushi bermaharaja lela tidor dimana sahaja dia nak . 

mesin basuh baju

surat khabar

kerusi

ini lah tempat makan dia :')


comel kannnn ?? hihi ..sejak dia meninggal,bantal itu kini hanya pameran..

macam2 lagi tempat dia ...boleh dikatakan setiap sudut rumah ,setiap bilik tidor,bilik air,dapur,belakang rumah, KERETA dia sapu..auuuchh rindunyee :'( ..kalau u ols nak tahu ,sushi ni hero malaya kawasan rumah saya..sebab tidak ada satu ekor kucing pun berani singgah "salam" di halaman rumah kami sama ada di depan mahupun belakang..tetapi pernah sekali saya memarahi sushi dan memanggil kucing lain masuk ke halaman rumah, agaknya sushi marah dengan saya, sushi pergi kencing!!!!!! dasar kucing harharhar .. dan pernah tak balik rumah ..kuat merajuk macam saya ..itu la kenangan sushi kepada kami..

nak dilabelkan sushi ini adalah seekor kucing yang sangat sabar dan bertahan tabah dengan perangai nakal saya sekeluarga..kenapa ? kenapa ?  sebab sushi pernah kene smack down, dance, side kick, jumper, errr apa lagi ?? ..bahkan adik rajin mandikan dia siap shampoo ,sikatkan..gosokkan gigi ? suatu ketika dahulu, dia pernah sakit ...sakit orang tua..masa ni saya dah nanges sebab my sister ckp doktor bgtahu dah tak ada harapan..



gambar ini diambil semasa saya semester 3 iaitu tahun lepas. sewaktu tengah belajar,dia pun join sekali :) 

        Tetapi atas kasih ALLAH kepada kami, Dia mengIZINkan sushi hidup lebih lama sedikit kepada kami. sushi adalah penyinar hidup kami tatkala kesunyian melanda. saya akui,saya lemah dengan kucing kerana saya lelah ,takut digigit dan saya geli bila kucing datang nak usap kaki saya...pernah sekali digigit,saya melompat macam nampak hantu..dan pernah sekali sushi jilat, gigit bulu mata saya sampai bengkak mata..dan pernah juga sushi tido sekatil dgn saya,bulu2 dia membuat saya lemas tak bernafas. urgh. tapi saya akan sedaya upaya biasakan diri bersama dengan kucing..kerana kucing adalah sahabat nabi s.a.w. kerana kucing suka hidup bersama dengan manusia :) boleh jadi sahabat :D jadi, anggapan orang luar terhadap saya yang tidak mempunyai kawan adalah salah ! sebab mereka tidak tahu, saya ada kawan selain manusia. lebih banyak ;p..naah,ada sedikit gambar cacat..opss! bukan nak kata sushi cacat..tetapi camera ni..camera dapat mengubah sejuta wajah !!!!! kan ? xpercaya ? lihat sendiri....hodoh betul tuan dia ambil gambar handsome boy ni






       

time ni dia marah saya sebab saya paksa dia posing :/


my hero tua bangke come back..

          28/3/2012 kalau tak silap sushi kembali sakit tua..tapi kali ni sakit dia lebih teruk..dan terus teruk..sushi tak boleh berak..perut dia jadi besar..pipi bernanah..air kencing meleleh..mata kuning..jalan tak larat..tatkala saya membisik dalam hati menyesal membiarkan sushi tinggal di luar rumah ketika hujan kilat yang terus menghentam dalam beberapa hari tu ..mohon maaf  sayang...bukan sengaja membiarkan sayang diluar rumah tetapi kerana sayang akan membawa najis ke dalam rumah ..sungguhpun saya akui sushi kelihatan kecewa lalu dia banyak meninggalkan najis di luar rumah sehingga saya,adik ayah berulang kali mencuci lantai. Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah]. alangkah kecewa hati ini bila teringat hadis ini :'(


         Rutin harian saya sewaktu cuti semester tanpa kerja adalah menjadi pembantu rumah seketika ..Kebiasaannya ketika saya mengangkat kain sekitar tengah hari saya akan dengar bunyi mengiaooww sushi nak masuk rumah. sebab masa ini adalah masa makan tengahari saya dan dia. tiba-tiba satu hari pada 3 MEI yang terik saya keluar untuk mengangkat kain ,saya tak dengar bunyi sushi mengiaoww..peliks..dalam hatiku mungkin sushi tidor rumah jiran. kebiasaannya kalau saya tak bagi dia masuk rumah,dia akan tidor rumah jiran atau opah. lantas itu ,saya tidak berasa hairan, saya pun masuk ke dalam rumah ,dan ntah kenapa saya pergi ke dapur tanpa tujuan, saya dengar bunyi kucing..familiar bunyinyaa..saya bukak pintu ..rupanya SUSHIIIIIIIIIIIIII ????????!!!! 



sushi mengiaoww kuat sangat :'( dia betul2 nak masuk..tapi takbolih perut dia makin membesar dan "wangi" :"( tengok mata dia..saya tafsirkan sushi dah tak dapat melihat tuannya.


          kemudian saya cakap dekat dia "tak boleh masuk ,dan jangan duduk belakang rumah ,bahaya ..banyak anjing"..saya tak nak angkat dia sebab najis dia meleleh..lalu saya pun tutup pintu ..saya menyesal dengan kata-kata saya kepada sushi bila teringat hadis nabi. kenapalah kejam sangat saya ni terhadap manusia mahupun haiwan. :'( 

         lama kemudian saya intai dekat tingkap belakang..saya dah tak nampak dia mungkin dia dah pergi depan rumah ..tapi bila saya toleh menuju ke ruang tamu depan, saya dengar bunyi sushi..kuat sgt gilerrr..saya terkejut seolah jeritan dia terlalu sakit,saya terus bukak pintu ,tengok sushi tak ada pun ..tapi hati tak sedap..saya pergi tengok longkang..rupanya dia dekat dalam longkang..mula-mula saya panggil dia ,dia macam tak sahut dan tak pandang..kemudian saya ambil air jirus dia sebab nak bagi isyarat longkang ni bahaya (masa ni saya tak tahu dia jatuh longkang) ..kemudian dia pandang dengan muka bengkak bernanah  ..lalu jalan kaki lima dalam longkang tuu ke arah saya dan jatuh kene air longkang :'( sedih sgt..baru tahu actually dia jatuh longkang, dan tak mampu nak naik ..saya tak berani nak angkat sbb perut dia sakit ..takut nanti cedera..saya sms umi then umi cakap tunggu umi balik..sambil tu saya bagi dia food ..tapi kasihan dia jalan dah tak larat ..3jam kemudian, umi balik rumah ,terus ke belakang rumah ..usap dia dan terus angkat ..umi cakap bagi air zamzam letak sapu dekat luka2..jadi saya mandikan dia dengan air zamzam..sedih sangat tengok keadaan dia..*tak sedar tanda2 kucing nak meninggal dunia adalah tak makan,berperangai pelik,manja lebih macam,hilang diri dll


         Saya tak tahan sebak,saya cakap dekat umi ,bawak la sushi pergi klinik (memujuk kali ke 2) ,kemudian umi cakap tunggu ayah..malam tu, ayah baru balik rumah dan kemudiannya nak hantar adik ke kumon sekali hantar sushi ke klinik..masa tu saya tak ikut. duduk rumah bersama umi..lebih kurang pukol 10 malam ,ayah dan adik balik rumah..hasanah cakap doktor lelaki handsome tu akan cuba selamatkan dia..tetapi sushi berada dalam tahap kritikal.







         keesokkan harinya 4MEI, umi call klinik ,doktor cakap doktor dah buang najis dalam badan sushi sebesar limau bali. LIMAU BALI ??? limau bali besar mana haa ? huhu kasihannyaa mesti sakit kan :"( sushi tengah rehat ..diberi tiub pada bontot sebab sushi kencing tak teratur..5MEI pula umi call klinik lagi tetapi tak angkat pula,maybe cuti kot...jadi pada 6MEI hari ahad ,saya sekeluarga pergi ke klinik terus ,kelihatan klinik itu beroperasi..lalu saya dan adik turun dari kereta pantas ke klinik..ALLAH rabbi, tidak saya sangka begitu banyak pelanggan datang klinik itu sebab kucing mereka sakit ..sedih sangat...sudah la klinik itu kecil, malah tidak cukup staff dan doktor...beberapa minit kemudian, ada staff mempelawa kami melawat sushi..dia kata sushi masih tidak makan, kencing tidak teratur, ...paling sedih macam dah nazak tapi not so sure ..saya sempat menangkap gambar sushi buat kali terakhir kepada yang mengenali sushi :'( kalau laa saya tahu hari yang saya melawat sushi ,dah nazak..boleh la saya sedahkan yassin untuk dia :'(


saya panggil sushi,sushi dah tak mengiaooo :'( sedih sgt

malah mata memandang :"( 

tak makan ,tak minum

           saya menangis menulis entri ni..saya rindu sushi.,.saya ada videonya tapi tak dapat upload sebab rosak. saya tak faham kenapa video pecah..ada hikmah di sebalik tu.. jadi kalau nak tengok video marilah datang rumah saya :'( ketika ini dalam 4 ekor kucing datang ke arah kami ..tak sangka pula ianya petanda kucing lain nak memberitahu kami ,sushi dah tiada :'( jadi kami sempat bermain dengan kucing tuu..ada sekor kucing putih usap kami berdua tak henti-henti..sangat gebu ,comel. Kemungkinan kucing tu nak sampaikan berita sedih dekat kami..tapi apakah daya ,,sense saya terhadap haiwan tidak begitu professional .inshaALLAH lepas ni akan berhati-hati,.masa saya nak melawat dia ,saya nak menangis pun segan sebab doktor handsome tu ada tengah buat apa ntah ..saya buat-buat cover ayu sikit. ngeh2..kemudian masa melawat dah habis, saya ucap bye sushi dekat sushi sebelum kami balik rumah..tak sangka ucapan bye adalah terakhir dan selamanyaaa :"(  

               7MEI 2012. hujan sangat lebat dan kuat ..kilat menyambar bumbung sampaikan alarm sekuriti berbunyi macam gempa bumi dibuatnyaa.. mengejutkan kami daripada alam mimpi .saya tak boleh tidor satu hari ni..pejam mata masih terngiang-ngiang bunyi sushi..selepas subuh,baru saya rasa mengantok yang amat lalu saya tidor sekejap *kononnya sekejap walhal sampai pukol 11 pagi..kemudian adik datang bilik kejutkan saya sambil menangis..saya pun bangun terkejut elektrik pening lalat ,samar-samar mendengar kata-kata adik. saya tanya dia kenapa ni ? kawan buat ke ? apa kaitan soalan tu nak dituju pun saya taktahu..lalu adik cakap umi call, sushi dah meninggal dunia..tapi masa tu saya dengar tak dengar je ..dalam pukol 12 tghhar saya baru berada berfikir apa adik cakap,langsung taktahu kenapa air mata ni bagaikan air paip terus mengalir tak henti-henti mengenangkan sushi..saya pun terus capai video cam dan handphone melihat detik-detik bersama sushi..masa tu saya sorang di rumah..saya taktahu nak contact siapa nak luahkan, saya menangis macam orang gila .saya tak makan pagi,tengahhari dan malam. menangis dan terus menangis..saya akan menangis melihat dan mendengar bunyi sushi mengiaoo

           waktu petang dalam jam 3 ..ayah membawa jasad sushi balik rumah uttuk dikebumikan ..sejuta maaf kepada pembaca sebab saya tidak dapat tunjuk videonya.. :"(  saya tak menangis depan ayah ,nanti kene marah. ayah,hati wanita ni lembut lagi-lagi terhadap haiwan yang telah lama hidup dengannya.. ini lah photo terakhir sushi :"(

sushi sangat keras dan berat dan lebar


terima kasih ayah sebab meluangkan masa kerja untuk sushi :")
semoga kita jumpa sushi di pintu syurga .ameen


please say to me :'(

don't be sad...

don't be sad, , be happy

don´t cry, don´t be sad

don't feel like you giving up to this sad...

don't be sad. that's not a solution...

be happy...
leave away those thoughts...

be happy...
get out all pessimisms from inside your mind...

be happy..
feel it.. you will realize it..

be happy...
always there is a one smiles for you...

don't be sad...


ketahuilah jika kita sayang manusia/haiwan/alam flora, tidak perlu la heboh menunjuk2 depan orang lain kan ? tak romantis gitu.harap ada kucing baru ,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...